Sunday, November 16, 2014

Produk : Korporat

IKHLAS Group Term Takaful

Produk ini menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) disebabkan oleh kemalangan atau sebab-sebab semulajadi ke atas Orang Yang Dilindungi (pekerja-pekerja atau ahli-ahli) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful.
Pilihan Rider yang disediakan:
• Rider Keilatan Kekal dan Menyeluruh
• Rider Penyakit Kritikal Pra-Bayar
• Rider Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Perlindungan Menyeluruh Keilatan Separa Kekal
• Rider Perbelanjaan Serta-merta Kematian
 Untuk keterangan lanjut, klik di sini.

 

IKHLAS Group Hospital and Surgical Takaful

Pelan ini menawarkan perlindungan komprehensif untuk perbelanjaan perubatan yang dikenakan akibat:
• Manfaat Kemasukan ke Hospital dan Manfaat Penjagaan Pembedahan Berkelompok
• Manfaat Penjagaan Pakar Berkelompok
• Manfaat Pemeriksaan Kesihatan Berkelompok

IKHLAS Comprehensive Group Takaful Scheme

Pelan ini dicipta untuk meminimakan risiko pilihan dan untuk memberi perlindungan asas Takaful untuk kumpulan pekerja (para peserta) yang dilindungi selain wujudnya elemen simpanan untuk persaraan. Pelan ini berasaskan kiraan unit untuk penyertaan dan kosnya hanya RM10.00 seunit.

IKHLAS Flexi-EB

Ini adalah Pelan Takaful Berkelompok, yang direka untuk memberi perlindungan atas Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD), Perbelanjaan Pengkebumian, Penyakit Kritikal, Manfaat Hospital, dan Hilang Upaya Sementara - Akibat Kemalangan kepada ahli-ahli atau pekerja-pekerja (peserta) daripada kumpulan yang dilindungi dalam tempoh sijil dengan unsur-unsur penabungan.

Sumber : Takaful IKHLAS

Produk : Bukan Motor

IKHLAS Motorist PA

Produk ini akan membayar pampasan kepada Peserta untuk Kecederaan Badan samaada hilang upaya kekal atau kematian akibat kemalangan ketika memandu atau sebagai penumpang di dalam kenderaan yang diisytiharkan di dalam Borang Cadangan semasa mendapatkan Perlindungan Motorist PA Takaful.

IKHLAS Kembara Takaful

Perlindungan Ikhlas Kembara Takaful menawarkan pampas an diatas kerugian yang dialami bilamana perjalanan anda terbatal atau terganggu disebabkan oleh mana mana musibah yang tertera didalam Sijil ini.
Manfaat yang ditawarkan adalah komprehensif merangkumi manfaat Kematian dan Keilatan Kekal akibat kemalangan, perlindungan ini juga tidak terbatas kepada manfaat yang tertera di bawah:-
  • Pembatalan Perjalanan
  • Penghantaran Ubatan
  • Tempoh perjalanan dipendekkan
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Bagasi dan Barangan peribadi
  • Perubatan Kecemasan
  • Kehilangan Dokumen Perjalanan
  • Rawatan Susulan
  • Kelewatan Bagasi dan Kegagalan untuk Berlepas
  • Kos tambahan untuk Pulang Sewa Kereta
  • Terlepas sambungan
  • Elaun Hospital
  • Perjalanan
  • Perbelanjaan Pengkebumian
  • Penjagaan Ehsan
  • Penjagaan Kanak-kanak
  • Perjalanan Terlebih tempahan
  • Liabiliti Persendirian
  • Rampasan
  • Duit saku/ Peribadi

IKHLAS Fire Takaful

Produk ini menyediakan perlindungan bagi harta Peserta Takaful terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.
*Selain daripada IKHLAS Fire Takaful, anda juga boleh membeli produk Fire yang lain seperti di bawah:
a) IKHLAS Fire Residential Takaful

 

IKHLAS Houseowner/Householder Takaful

Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan dan kandungan di dalamnya dan melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful ini.

IKHLAS Personal Accident Takaful

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat Kemalangan yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain mengakibatkan anda mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani rawatan perubatan dan/atau pembedahan atau berlakunya kematian. Pampasan ini akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah.
* Selain daripada IKHLAS Personal Accident Takaful, anda juga boleh membeli produk PA yang lain seperti di bawah:
• IKHLAS Kembara PA Takaful; 
• IKHLAS Perdana PA Takaful; dan
• IKHLAS Motorist PA Takaful

 

IKHLAS Foreign Worker Compensation Scheme Takaful

Skim Hospital dan Pembedahan Takaful yang diperbaharui setiap tahun yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan majikan kepada pekerja asing sekiranya berlaku Kemasukan ke Hospital bagi pekerja asing yang dimasukkan ke Hospital Bukan Korporat Malaysia akibat kemalangan atau penyakit.
Mereka yang layak untuk dilindungi di bwah sijil Takaful ini adalah Pekerja asing sekarang dan masa depan yang bekerja sepenuh masa dengan Peserta Takaful, dari umur lapan belas (18) hingga lima puluh Sembilan (59) tahun, yang bekerja secara aktif di tempat kerja mereka yang biasa pada tarikh orang yang layak untuk menyertai sijil Takaful ini.

IKHLAS Engineering Takaful

Produk ini menyediakan perlindungan untuk musibah yang berkaitan dengan kejuruteraan seperti kerosakkan mekanikal, penyusutan stok dan kerja-kerja kontrak untuk kontraktor. 
Produk ini melindungi peril berikut:
• Kebakaran, kilat, letupan, kesan kepada kenderaan
• Kesan kapal terbang, peranti udaraGempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami
• Ribut
• Banjir, kesan ombak, air
• Penenggelaman, tanah runtuh, gelinciran
• Runtuhan ais
• Vandalisme

Sumber : Takaful IKHLAS